ASNAF TERPUTUS BEKALAN MAKANAN

Kami telah menerima panggilan seorang asnaf wanita memerlukan bantuan pembelian barangan dapur serta bantuan kenderaan. Sejurus menerima maklumat tersebut, pihak kami terus ke rumahnya untuk menghulurkan bantuan.

Puan Syarifah seorang balu yang mempunyai masalah kesihatan iaitu asma, juga perlu menyara 3 orang anak yang masih lagi belajar. Mereka tidak mempunyai kenderaan untuk berurusan di pekan akibat motorsikal rosak. Motorsikal tersebut masih lagi belum dibaiki kerana Puan Syarifah tiada sumber kewangan untuk membayar kos baiki motorsikal tersebut. 

Mengikut catatan sebelum ini, beliau pernah bekerja sebagai Pengawal Keselamatan namun telah diberhentikan kerana pertukaran Syarikat Kawalan Keselamatan pada 3 bulan yang lalu.

Kami telah menziarahi Puan Syarifah dan memberikan sumbangan bantuan kecemasan bagi membeli barang keperluan serta membaiki motorsikal di bengkel.

Alhamdulillah, terima buat semua pengeluar zakat di Lembaga Zakat Selangor.

Bayar Zakat