AKTIVITI BANCIAN BERSAMA AMIL KARIAH

Zakat Selangor daerah Klang telah adakan aktiviti bancian pada 30 Mei 2022 bersama penolong amil kariah di sekitar Kg. Sg Pinang dan lawatan ke atas seorang penerima bantuan perubatan gharim iaitu Encik Musa. 

Untuk makluman, beliau telah disahkan menghidap penyakit masalah buah pinggang dan sehingga kini Zakat Selangor sedang membantu beliau untuk menjalani rawatan dialisis. Isteri beliau juga telah disahkan sebagai pesakit buah pinggang dan akan menjalani rawatan dialisis bermula pertengahan Jun 2022 melalui tajaan PERKESO. 

Kami berasa simpati atas apa yang berlaku pada En Musa dan isterinya dan mendoakan agar mereka tabah dan kuat untuk kembali pulih, inshaAllah. 

Buat pengeluar zakat, kami ucapkan ribuan terima kasih atas sikap tanggungajwab kalian menunaikan ibadah zakat ini. Alhamdulillah, kita dapat sekali lagi membantu asnaf yang memerlukan.

Bayar Zakat