ANAK BARU KELUAR HOSPITAL SETELAH MENETAP 1 TAHUN DI HOSPITAL

Sayu sungguh hati kami bila kami melangkah masuk ke rumah, ternampak seorang bayi yang kepalanya disambungkan dengan alat saluran pernafasan. 

Kami dimaklumkan bahawa anak ini menghidap komplikasi masalah jantung dan saluran pernafasan sempit seawal kelahirannya dan memerlukan pemantauan kritkal dari pihak doktor hospital selama setahun. Buat masa ini hanya bergantung pada alat pernafasan (seperti dalam gambar). 

Bapanya pula, Encik Mohamad Faiz, sedang sakit terlantar akibat ‘minor stroke’. Sebelum ditimpa musibah, beliau lah yang menyara kehidupan keluarga beliau. Alhamdulillah, biarpun tidak dapat menjalankan tugasan ketika ini, majikan beliau masih lagi sambung bayar gajinya.

Isterinya – Puan Arni, merupakan suri rumah sepenuh masa. Segala keperluan harian suami dan anaknya, hanya beliau seorang yang uruskan. 

Ujian yang menimpa keluarga ini sebenarnya buatkan kami sebak, lebih-lebih lagi melihat keadaan bayi yang sebegitu. InshaAllah, hasil dari siasatan langsung, Zakat Selangor telah salurkan bantuan kewangan RM400 sebulan, dan bantuan kecemasan sebagai bantuan awal buat keluarga ini. 

Alhamdulillah, untuk perubatan anaknya, pihak hospital Serdang membantu memberikan bantuan mesin pernafasan yang digunakan.- Manakala, buat Encik Mohamad Faiz, kami masih menunggu pengesahan daripada doktor untuk keperluan perubatan beliau. 

Kami doakan, dengan hasil zakat yang ditunaikan oleh pengeluar zakat, sedikit sebanyak dapat bantu keluarga Encik Mohamad Faiz daripada bebanan yang ada.

Bayar Zakat