ANAK BERBAKTI DEMI AYAH YANG TERLANTAR

LZS melakukan kunjungan ke rumah seorang pesakit terlantar yang dirawat oleh seorang anak lelaki. Setelah berbincang dengan anak lelaki tersebut, Zakat Selangor mencadangkan agar dia, ibu dan adiknya yang sedang menuntut di IPT dibantu melalui program Asnaf Fakir Miskin. Namun, anak lelaki tersebut menolak tawaran tersebut dengan baik hati kerana masih mampu untuk menyara keluarganya termasuk ayahnya yang sakit.

Setelah berbincang dengan lebih lanjut, mereka bersetuju untuk menerima bantuan Perubatan di bawah asnaf Gharimin, seperti lampin pakai buang, susu tambahan, dan alat cucian luka, untuk mengurangkan beban anak tersebut. Kami bersyukur kepada pengeluar zakat kerana terus membantu mereka yang memerlukan. Ingatlah bahawa memberikan bantuan kepada orang yang memerlukan adalah suatu ibadah yang dituntut oleh Islam, terutamanya dalam bulan Ramadan ini.

Terima kasih warga Selangor!

Bayar Zakat