DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT SELANGOR MERAIKAN IHYA’ RAMADAN

Pada majlis berbuka puasa 24 Mac 2023, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor telah memberikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada 493 orang Asnaf Fakir, Miskin & Mualaf di daerah Petaling, dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM246,500. Semoga sumbangan ini dapat memberikan kelapangan kepada mereka untuk menjalani ibadah puasa dan menyambut Hari Raya dengan gembira.

Tidak hanya itu, dalam majlis yang sama, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor juga menerima bayaran zakat perniagaan daripada lima syarikat korporat dengan jumlah keseluruhan RM10.15 juta. Syarikat korporat yang terlibat adalah Worldwide Holdings Berhad, Kumpulan SIRIM, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), Rafulin Holdings Sdn Bhd, dan Sime Darby Property Berhad. Bayaran zakat yang diterima ini akan membantu meringankan beban orang yang memerlukan.

Selain itu, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj turut memberikan sumbangan Ihya’ Ramadan Masjid dan Surau Negeri Selangor dengan jumlah RM2.41 juta. Dalam semangat kebersamaan, DYMM Sultan Selangor bersama Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah juga berkenan berbuka puasa bersama para asnaf dan pengeluar zakat serta menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat terawih di Masjid Negeri.

Semoga dengan bantuan zakat dan sumbangan yang diberikan, para asnaf dapat merasa lebih lapang dalam menghadapi bulan Ramadan dan menyambut Hari Raya dengan penuh kebahagiaan.

Bayar Zakat