KEKUATAN SEMANGAT PESAKIT KANSER TAHAP 4

Skuad Saidina Umar (SSU) mengambil tindakan pantas menziarahi seorang wanita yang
sedang berjuang melawan kanser payudara tahap 4 yang dihidapinya.

Disahkan wanita tersebut menetap bersama suami yang merupakan wargaegara Amerika
dan telah lama memeluk Islam serta 2 orang anak. Suaminya sebelum ini bekerja sebagai
tukang masak di sebuah hotel ternama dan diberhentikan kerja sejak awal pandemik dan
permit kerjanya tidak lagi disambung memandangkan situasi semasa kewangan hotel
merosot teruk ketika itu.

Anak sulungnya pula sedang dirawat kerana masalah buah pinggang dan tidak bekerja.
Anak kedua sahaja yang bekerja dan menanggung keseluruhan perbelanjaan keluarga.

Ujian yang berat dipikul secara bersama dan terus berusaha memastikan sumber kewangan
bagi kos perubatan ibu mereka mencukupi disamping kos perubatan anak pertama.
Suaminya tidak lagi bekerja kerana memegang pasport dan visa mengikut isteri serta perlu
menguruskan keperluan isteri setiap masa.

Keluarga ini sebenarnya pernah melalui fasa berjaya dalam karier dan kewangan. Wanita ini
merupakan ahli perniagaan, dan suaminya adalah chef bertaraf antarabangsa. Ujian yang
mereka lalui sedikit pun tidak melunturkan semangat untuk terus mengharunginya bersama-
sama. Sepanjang tempoh berbual dengan kami sebentar tadi, senyuman dan gurauan
sentiasa tersisip dengan mereka.

InshaAllah, Zakat Selangor akan terus menyantuni keluarga ini khusunya bagi kos
perubatan dan keperluan kewangan mereka. Manfaat zakat ini moga menjadi tambahan
kegembiraan dan kemudahan atas ujian yang mereka sedang lalui. Doakan mereka moga
Allah kurniakan kesembuhan dan kekuatan semangat buat mereka serta dipermudahkan
segala urusan.

Teruskan berzakat di Lembaga Zakat Selangor. “Kongsi rezeki dengan zakat, keberkatan
rezeki, nikmat dikongsi”.

Bayar Zakat