Hasil perkongsian zakat anda dijangka untuk membebaskan 6,000 asnaf dari cengkaman kemiskinan di Selangor.
Yakinlah dengan janji Allah bahawa dengan keikhlasan anda melunaskan tanggungjawab zakat demi saudara Islam maka rezeki kamu juga akan dilipatgandakan.
Surah al-Baqarah (Ayat 261) yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”