Menjejaki Mereka Yang Memerlukan

Hulu Selangor – Aktiviti turun ke lapangan diteruskan lagi bersama Amil Kariah serta Ketua Kampung dalam Program Skuad Jejak Kemiskinan (SJK). Program kali ini bertempat di kariah Masjid Bandar Utama Batang Kali. Aktiviti ini bertujuan untuk mencari dan mengesan keluarga yang berada dalam kesempitan hidup, ditimpa musibah dengan penyakit, serta memerlukan perhatian dan bantuan yang segera daripada pihak zakat.Hasil bancian yang dijalankan ada antara mereka layak didaftarkan sebagai asnaf fakir miskin.

Proses susulan akan dijalankan bagi memastikan mereka menerima bantuan dengan kadar yang segera.Terima kasih kepada semua pembayar zakat di Lembaga Zakat Selangor, kerana zakat anda dapat meringankan beban mereka.Kredit: Operasi Agihan Zakat Hulu Selangor

Bayar Zakat