Zakat adalah rukun Islam yang ketiga dan ianya sangat penting dalam memainkan peranan ekosistem Islam. Zakat harta merupakan satu kewajipan yang berfungsi untuk membantu mewujudkan keseimbangan sosial, menjaga keprihatinan, dan memastikan keadilan dalam masyarakat Islam. Zakat adalah salah satu cara untuk memenuhi tanggungjawab sosial dan agama dalam kehidupan sehari-hari.
Tunaikan zakat harta hari ini, kerana esok belum pasti.
Zakat Pendapatan
Harta pendapatan bermaksud semua jenis upah, imbuhan, bayaran atau hasil yang diperolehi daripada kerja atau usaha yang dilakukan sama ada secara tetap atau sekali sekali.
Zakat Perniagaan
Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada berasaskan pembuatan,perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan.
Zakat Emas
Emas yang digunakan untuk perhiasan badan wanita, perkakasan atau perabot sama ada digunakan sekali-sekala atau berterusan. Emas perhiasan wanita wajib dizakat apabila jumlah beratnya melebihi ‘uruf(adat kebiasaan). Kadar uruf emas di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram (kadar uruf semasa).
Zakat Wang Simpanan
Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak.
Zakat Perlaburan
Saham adalah wang yang dilaburkan dalam syarikat atau perniagaan. Bagi sijil-sijil saham dalam sesebuah syarikat yang tersenarai di pasaran saham (Contoh Bursa Malaysia), ianya mudah untuk dijadikan wang tunai berbanding dengan saham dalam syarikat yang tidak tersenarai atau dalam koperasi.
Qada Zakat
Qada zakat bermaksud, melaksanakan zakat yang wajib ditunaikan pada masa lalu, namun gagal ditunaikan oleh kerana lupa, sengaja atau meninggalkanya dengan apa-apa alasan sehingga berlalu haulnya(setahun), maka ia wajib ditunaikan dengan kadar segera.
DAFTAR "AUTO DEBIT" UNTUK BERZAKAT & BERPELUANG MEMENANGI CABUTAN BERTUAH
- Hanya untuk pendeposit & pelabur di Maybank Islamic Berhad.
- Pendaftaran dibuat di Aplikasi MAE atau Maybank2u dan pilih Lembaga Zakat Selangor (LZS).
- Penolakan zakat akan berlaku sekiranya jumlah simpanan & pelaburan melebihi nisab (RM23,035).
- Pengesahan jumlah nisab akan dibuat pada 31 Oktober 2023.
- Penolakan automatik dibuat pada 7 November 2023 bagi deposit & pelaburan yang melebihi nisab.
- Pemenang akan dipilih melalui kaedah e-Cabutan.
- Keputusan adalah muktamad.
Langkah 1
Log masuk Aplikasi MAE & klik 'Apply'
Langkah 2
Skrol ke kiri & klik 'SERVICES'
Langkah 3
Klik pada permohonan Auto Debit & ikuti langkah seterusnya
Syarat-Syarat Penyertaan
- Penyertaan terbuka kepada semua individu, peniaga, syarikat yang membuat pembayaran zakat ke LZS melalui platform ‘fpx.zakatselangor.com.my.
- Penyertaan bermula 1 November 2023 dan berakhir 31 Disember 2023 apabila pembayar membayar zakat melalui saluran bayaran di atas.
- Pemenang dipilih melalui e-cabutan yang dijangka akan dibuat pada akhir Januari 2024.
- Setiap bayaran zakat bernilai gandaan RM500 layak mendapat 1 tiket cabutan. Contoh: RM500 ke bawah = 1 tiket / RM501 – RM999 = 2 tiket / RM1000 – RM 1499 = 3 tiket.
- Penganjur (LZS) berhak melakukan sebarang pindaan terhadap hadiah dan syarat penyertaan.
- Penganjur (LZS) mempunyai hak untuk menggunakan nama dan maklumat peserta bagi tujuan pemilihan dan untuk menghubungi pemenang.
- Keputusan pemilihan adalah muktamad.
Zakat Pendapatan
*DIKREDITKAN KE AKAUN AL AWFAR BANK ISLAM
Zakat Perniagaan
*BAUCAR MEMBELI BELAH
- Penyertaan terbuka kepada semua individu, peniaga, syarikat yang mula mendaftar pembayaran zakat secara bulanan ke LZS melalui kaedah platform
- Direct Debit pada tempoh kempen dilaksanakan.
- Pemenang dipilih melalui e-cabutan yang dijangka akan dibuat pada akhir Januari 2024.
- Keputusan pemilihan adalah muktamad.