Ujian Bulan Ramadan

Ramadan merupakan bulan yang dinantikan oleh umat Islam sebagai bulan yang penuh berkah dan rahmat. Namun, di kawasan daerah Petaling, terdapat beberapa penduduk yang mengalami ujian dengan kerosakan harta benda akibat daripada bencana ribut yang melanda baru-baru ini. 

Dalam situasi seperti ini, Zakat Selangor Daerah Petaling bersama wakil ketua kampung mengambil tindakan yang pantas dengan menyalurkan bantuan awal seperti bantuan kotak makanan kepada mangsa yang terjejas. Bantuan ini merupakan langkah awal sebelum bantuan selanjutnya akan disalurkan setelah maklumat lengkap kami terima daripada mangsa.

Setakat ini, anggaran mangsa yang terlibat adalah 30 keluarga dan kami menyedari bahawa kemungkinan jumlah mangsa akan bertambah dari semasa ke semasa kerana usaha menjejaki mangsa lain masih dijalankan. LZS berjanji untuk sentiasa komited dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa yang terjejas dan kami berdoa agar mereka dipermudah segala urusan sepanjang bulan Ramadan dan Syawal yang bakal tiba.

Dalam situasi sukar ini, zakat merupakan satu bentuk kebajikan yang sangat penting dan LZS berharap bahawa sumbangan ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan dan memberkati semua orang yang terlibat dalam usaha membantu mangsa yang terjejas.

Bayar Zakat