ZIARAH 5 KELUARGA PENGHIDAP PENYAKIT KRITIKAL

LZS melaksanakan program Ziarah Kasih Ramadan untuk menyantuni asnaf di Kariah Masjid Kg Delek, Klang bersama Jabatan Kerja Sosial Perubatan HTAR dan Penolong Amil Kariah(PAK). Terdapat 5 keluarga asnaf fakir & miskin yang kami lawati dan mereka menghadapi penyakit kritikal serta menerima bantuan perubatan dari Zakat Selangor. Kami menyantuni dan berkongsi sumbangan Ramadan di setiap rumah asnaf yang kami lawati.

Pada rumah yang ke-5, kami berkesempatan untuk berbuka puasa bersama dengan keluarga asnaf ini dan mereka menerima kami dengan baik. Beramal dan menyantuni insan yang memerlukan juga merupakan ibadah yang dituntut oleh Islam pada bulan Ramadan ini. Sila teruskan berzakat di Lembaga Zakat Selangor, sedikit sumbangan anda dapat memberikan manfaat kepada mereka yang memerlukan.

Bayar Zakat