AKTIVITI BANCIAN BERSAMA AMIL KARIAH

Zakat Selangor daerah Klang telah adakan aktiviti bancian pada 30 Mei 2022 bersama penolong amil kariah di sekitar Kg. Sg Pinang dan lawatan ke atas seorang penerima bantuan perubatan gharim iaitu Encik Musa.  Untuk makluman, beliau telah disahkan menghidap penyakit masalah buah pinggang dan sehingga kini Zakat Selangor sedang membantu beliau untuk menjalani rawatan dialisis. […]

ASNAF TERPUTUS BEKALAN MAKANAN

Kami telah menerima panggilan seorang asnaf wanita memerlukan bantuan pembelian barangan dapur serta bantuan kenderaan. Sejurus menerima maklumat tersebut, pihak kami terus ke rumahnya untuk menghulurkan bantuan. Puan Syarifah seorang balu yang mempunyai masalah kesihatan iaitu asma, juga perlu menyara 3 orang anak yang masih lagi belajar. Mereka tidak mempunyai kenderaan untuk berurusan di pekan […]

ANAK BARU KELUAR HOSPITAL SETELAH MENETAP 1 TAHUN DI HOSPITAL

Sayu sungguh hati kami bila kami melangkah masuk ke rumah, ternampak seorang bayi yang kepalanya disambungkan dengan alat saluran pernafasan.  Kami dimaklumkan bahawa anak ini menghidap komplikasi masalah jantung dan saluran pernafasan sempit seawal kelahirannya dan memerlukan pemantauan kritkal dari pihak doktor hospital selama setahun. Buat masa ini hanya bergantung pada alat pernafasan (seperti dalam […]

KEKUATAN SEMANGAT PESAKIT KANSER TAHAP 4

Skuad Saidina Umar (SSU) mengambil tindakan pantas menziarahi seorang wanita yangsedang berjuang melawan kanser payudara tahap 4 yang dihidapinya. Disahkan wanita tersebut menetap bersama suami yang merupakan wargaegara Amerikadan telah lama memeluk Islam serta 2 orang anak. Suaminya sebelum ini bekerja sebagaitukang masak di sebuah hotel ternama dan diberhentikan kerja sejak awal pandemik danpermit kerjanya […]

Bayar Zakat